KEPALA BATAS 10 Jan. – Dua lelaki menerima padah daripada perbuatan tidak bertanggungjawab mereka memecah tabung surau sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini selepas ditahan polis awal pagi tadi. Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 30 tahun di tahan polis ibu pejabat daerah SPU di dua lokasi berbeza di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 3 pagi. Menurut Ketua Polis SPU, Assiten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mereka diburu selepas dikesan cuba memecah tabung di sebuah masjid di Pinang Tunggal di sini pada 23 Oktober tahun lalu. Tambahnya, perbuatan mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya