SERDANG 5 Jan. – Polis merampas 1,127 unit mesin simulator judi online bernilai RM2.7 juta dalam serbuan di sebuah gudang dua tingkat di Pusat Perniagaan Bukit Serdang, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, serbuan dijalankan pada pukul 1 pagi tadi namun ketika itu tiada penjaga di kawasan gudang. Ujarnya, hasil maklumat orang awam, pihaknya telah menjalankan risikan selama dua hari dan mendapati gudang tersebut dijadikan tempat menyimpan mesin simulator judi online terbesar. “Kesemua simulator mesin judi ini juga dipercayai diimport dari negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya