PUTRAJAYA 8 Jan. – Usaha mewujudkan satu platform belia antarabangsa merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dengan pihak Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) semalam. Selain itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu cadangan untuk mengadakan koordinasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi yang terlibat dalam pembangunan belia turut dipersetujui. Tambah kenyataan itu, Saifuddin juga bersetuju agar kerjasama…










