VIENNA – Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Austria dapat mengubah tanggapan dan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia daripada sebuah negara yang mengamalkan rasuah dan kleptokrasi secara berleluasa kepada sebuah negara baharu, ‘Malaysia Baharu, Malaysia Bersih’. Perdana Menteri mengambil peluang di pentas antarabangsa, iaitu Persatuan Pihak-pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) dan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA), untuk berkongsi pengalamannya mengenai betapa sukarnya hendak memperbaiki kerosakan yang telah berlaku di Malaysia akibat…










