CYBERJAYA 9 Jan. – Universiti Limkokwing menawarkan biasiswa sebanyak RM21 juta kepada 300 pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di universiti itu. Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri, Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata, biasiswa itu ditawarkan oleh Yayasan Limkokwing melalui program Biasiswa Kecemerlangan Kreatif Limkokwing. Beliau berkata, permohonan bagi mendapatkan biasiswa itu dibuat secara terbuka dan tidak terhad kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan, namun pelajar yang aktif dan berkebolehan akan mendapat kelebihan. RAJA AZNIL RAJA HISHAM “Biasiswa ini tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya