KALAU ditanya saya siapa yang sepatutnya dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, saya akan syorkan pilihlah calon Bebas, Wong Seng Yee. Kenapa saya kata demikian? Saya lihat calon Bebas ini lebih memahami masalah penduduk setempat khususnya di Tanah Rata. Dia bukan ahli politik, tetapi seorang petani yang menanam bunga di ladang seluas 200 ekar untuk dieksport. Bicaranya tidak retorik dan mengambang. Dia juga seorang lulusan dari Amerika Syarikat…









