MENUJU saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kempen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan semakin rancak. Hampir kesemua pemimpin utama kedua-dua parti kini berada di Cameron Higlands malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali semula membantu kempen BN selama dua hari sejak semalam setelah berada di sini, minggu lalu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pula dijadual menggunakan hari terakhir tempoh berkempen pada Jumaat ini…










