Ular berbisa tinggal dalam penyaman udara - Utusan Malaysia

Ular berbisa tinggal dalam penyaman udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Sepasang suami isteri terkejut selepas menyaksikan seekor ular paling agresif di Australia keluar dari sebuah penyaman udara di dalam bilik tidur mereka di sini baru-baru ini.

Ular berbisa jenis Tiger itu dipercayai masuk ke dalam penyaman udara melalui satu lubang saluran paip pada dinding luar rumah pasangan terbabit di bandar Little River dekat sini.

Pasangan itu menghubungi Stewart Gatt, seorang penangkap ular profesional di Melbourne untuk menangkap reptilia berkenaan.

Satu rakaman video menunjukkan ular itu cuba mematuk Gatt dan bertindak agresif selepas ‘rumahnya’ diganggu.

“Ular ini mungkin masuk melalui lubang paip pada dinding ketika mengejar tikus. Ia juga mungkin mencari tempat lebih sejuk sebelum ketibaan musim panas,” katanya yang melepaskan ular itu di sebuah kawasan berhampiran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×