Uganda laksana sekatan terhadap lesen perjudian - Utusan Malaysia

Uganda laksana sekatan terhadap lesen perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA 21 Jan.- Presiden Uganda, Yoweri Museveni mengarahkan sekatan terhadap pengeluaran dan pembaharuan lesen firma perjudian dalam usaha melumpuhkan kegiatan tersebut di negara itu.

Perkara itu disampaikan Menteri Kewangan, David Bahati.

“Pihak berwajib telah menerima arahan tersebut dan akan melaksanakannya,” katanya.

Aktiviti perjudian, terutamanya dalam sukan menjadi satu fenomena besar serata Afrika Timur.

Kegiatan tersebut menjadi-jadi dengan kewujudan platform teknologi seperti penggunaan televisyen digital, telefon pintar yang menjadi saluran bagi aplikasi perjudian dan secara dalam talian.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN