TUAH ayam nampak di kaki, tuah orang tiada siapa yang tahu. Begitulah rezeki diraih oleh seorang pemancing yang menyapu bersih tempat pertama dan kedua pertandingan memancing yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mohamad Khairul Md. Hashim membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 selain barangan iringan Oyoshi dan Igloo. Hadiah pertama menawarkan wang tunai RM10,000 manakala hadiah kedua bernilai RM3,000 menjadi miliknya dalam program Jelajah…










