TNB juga gantung pekerja hina Agong - Utusan Malaysia

TNB juga gantung pekerja hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Selepas Cisco ASEAN dan Pemandu Associates, kini giliran Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja dan Yang di-Pertuan Agong.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, pekerja tersebut digantung kerja serta merta sementara siasatan sedang dijalankan.

“Untuk makluman, pekerja yang telah membuat kenyataan disifatkan sensitif di akaun media sosialnya telah digantung kerja serta merta sementara siasatan dijalankan.

“Kenyataan tersebut adalah pendapat individu itu sendiri dan tiada kaitan serta bercanggah dengan prinsip-prinsip TNB. Kami memohon maaf atas perkara yang telah berlaku,” kata syarikat itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN