TMJ hadiahkan jam Rolex buat pemain, staf JDT - Utusan Malaysia

TMJ hadiahkan jam Rolex buat pemain, staf JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sebagai tanda penghargaan untuk usaha keras dan dedikasi setiap pemain serta staf dalam menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelab terbaik di Malaysia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan jam tangan Rolex buat mereka.

Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) semalam memuatkan naik gambar keterujaan pemain skuad Harimau Selatan memilih jam masing-masing di sebuah butik jam berjenama mewah itu .

Kelihatan memilih jam adalah pengurus yang juga ketua jurulatih, Luciano Figueroa dan barisan pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Mohd. Fadhli Shas, Syafiq Ahmad serta Kiko Insa.

Sejak TMJ mengambil alih JDT pada 2013, pasukan itu telah menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia dengan menggondol lima kejuaraan Liga Super secara berturut-turut, satu trofi peringkat serantau (Piala AFC) pada 2015, Piala Malaysia 2017 serta Piala FA 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×