SEREMBAN 25 Jan. – Tiga wanita warga China ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai jurujual di tapak pasar pagi Rahang dekat sini hari ini. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohammed Khalil Ali berkata, wanita warga asing terbabit ditahan di pasar tersebut dalam Ops Jaja. “Mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 48 tahun diberkas selepas disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial. “Ini merupakan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Mereka kini ditahan di Depot Tahanan Lenggeng untuk siastan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya