JOHANNESBURG 8 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan kira-kira 300 yang lain cedera hari ini apabila dua buah kereta api bertembung di Pretoria. Pegawai kecemasan, Charles Mabaso berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan menyebabkan 82 penumpang mengalami kecederaan parah. Sehingga kini, tiada angka rasmi korban dinyatakan dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah itu akan meningkat. Siasatan punca nahas juga masih dilakukan setakat ini. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya