SEREMBAN 29 Jan. – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil terhadap pegawai serta pemain negeri itu yang didapati terlibat dengan gejala rasuah. Presiden PBNS, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, PBNS memandang serius perkara itu dan akan menyingkirkan mana-mana pegawai dan pemain yang didapati bersalah dengan kegiatan tersebut. “Kita bekerjasama baik dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)…









