Thang Kheong disahkan maut akibat serangan perkauman di New York - Utusan Malaysia

Thang Kheong disahkan maut akibat serangan perkauman di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA  – Seorang pemilik restoran warga Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS), Ng Thang Kheong, 60, disahkan meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan berbaur perkauman.

Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap Wisma Putra di sini hari ini.

Thang Kheong yang berasal dari Johor meninggal dunia di Pusat Perubatan NYU Langon, New York selepas menjadi mangsa serangan di sebuah restoran makanan laut di Emmons Avenue, Brooklyn.

Dia sebelum ini diumumkan mengalami kematian otak ekoran serangan berkenaan.

Menurut saksi, seorang lelaki, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai pekerja pembinaan, Arthur Martunovich, 34, menyerbu masuk restoran berkenaan dan mula memukul kepala pekerja-pekerja menggunakan tukul.

Seorang pelanggan yang mengalami trauma selepas insiden itu berkata, darah dilihat memercik di sekitar restoran.

Kosmo! hari ini melaporkan mangsa telah diserang menggunakan sebatang tukul oleh suspek yang dilaporkan didorong oleh filem-filem China yang menggambarkan wanita kerap dizalimi.

Saluran berita NBC New York melaporkan Thang Kheong dan dua pekerjanya diserang Martunovich, 34, pada 15 Januari lalu dengan menggunakan sebatang tukul.

Thang Kheong ialah pemilik restoran Seaport Buffet di jalan Ocean Avenue di Brooklyn, New York.

Martunovich didakwa mendapat motivasi daripada filem China ditontonnya menunjukkan wanita dianiayai lelaki China. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×