TEMERLOH 25 Jan. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersyukur ke hadrat Allah SWT atas anugerah dan amanah diberikan kepada baginda untuk menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuat kuasa 31 Januari ini. Sultan Abdullah juga menjunjung kasih kepada Majlis Raja-Raja yang memberikan kepercayaan kepada baginda. “Insya-Allah saya akan mencuba sedaya upaya untuk melunaskan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong. “Sudah saya juga begitu memerlukan kerjasama, nasihat dan panduan supaya kita bersama-sama dapat melaksanakan tugas yang penting ini dengan sebaik mungkin,” titah baginda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya