Terapkan kemahiran insaniah anggota polis - Utusan Malaysia

Terapkan kemahiran insaniah anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Jan. – PENGURUSAN tertinggi polis Johor akan menerapkan kemahiran insaniah dalam usaha menangani pegawai dan anggota mereka yang bermasalah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pemerkasaan kemahiran insaniah dalam kalang­an pegawai dan anggota itu dilakukan bukan sahaja menerusi ceramah, sebaliknya dilengkapkan dengan pendedahan fizikal dan praktikal.

“Konvensyen melibatkan setiap jabatan dan bahagian juga diadakan bagi melengkapkan barisan hadapan (frontliner) de­ngan pendidikan dan keterbukaan skop dalam tugas mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh hanya mengharapkan kemahiran fizikal (hardskill), sebalik­nya perlulah seiring dengan bidang tugas kepolisian semasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din.

Mohd. Khalil Kader berkata, aspek kebajikan dalam kemahiran insaniah menjadi keutamaan supaya hak dan kepentingan pegawai dan anggota tidak terabai.

“Kita sedar dengan tuntutan kerja yang memaksa anggota untuk bekerja dalam tempoh yang lama dan terpaksa meninggalkan keluarga mereka, kebajikan mereka perlu diambil kira.

“Melihat kepada situasi ini, kita cuba menggunakan pendekatan kemahiran insaniah dengan memastikan pegawai dan anggota mempunyai ketahanan mental yang kuat,” katanya.

Menerusi kemahiran ter­sebut, katanya, pegawai atau anggota terlibat bersedia untuk berkhidmat dan memberi terbaik kepada masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×