'Tengku Hassanal Ibrahim kirim salam' - Utusan Malaysia

‘Tengku Hassanal Ibrahim kirim salam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 15 Jan. – Tengku Hassanal Ibrahim kirim salam kepada semua.

Itu reaksi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ketika ditanya mengenai putera sulung baginda, Tengku Pang­lima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tidak hadir pada istiadat pema­syhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

TENGKU HASSANAL IBRAHIM
TENGKU HASSANAL IBRAHIM 

Baginda bertitah, anakanda baginda itu sedang mengikuti kursus di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah percaya rakyat sudah boleh meramalkan siapa pewaris baginda yang akan diangkat sebagai Tengku Mahkota Pahang berikutan pemasyhurannya sebagai Sultan Pahang keenam.

Titah Al-Sultan Abdullah, baginda akan menentukan Wa­ris Ganti selepas berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu.

“Insya-Allah saya percaya semua sudah lebih kurang boleh ramal kalau ikut tradisinya.

“Cuma nak tetapkan dan meyakinkan diri saya dahulu barulah kita boleh memutuskan dan akan umumkan dalam masa terdekat,” titah baginda.

Secara tradisi, jawatan Tengku Mahkota Pahang akan di­serahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa.

Tengku Hassanal Ibrahim, 23, dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Am­puan Afzan (HTAA) di sini dan diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa 18 Jun tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×