KUALA PERLIS 4 Jan. – Penduduk di Perlis dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling memandangkan ribut tropika Pabuk belum berakhir dan dijangka melanda negeri ini pada bila-bila masa. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol Ishak Mohd Radzi berkata walaupun buat masa ini ribut itu sedang menghampiri kawasan Segenting Kra, Thailand, namun ‘tempiasnya’ boleh sampai ke utara semenanjung. “Kita dah bersedia dengan pelbagai kelengkapan seperti…










