KUALA LUMPUR – Sunway Property menyasarkan jualan berjumlah RM1.3 bilion dan pelancaran projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM2 bilion bagi tahun kewangan 2019. Pengarah Urusan Bahagian Hartanah Sunway Bhd., Sarena Cheah berkata, pihaknya bakal melancarkan projek baharu bernilai RM1 bilion di Singapura manakala projek bernilai RM1 bilion di dalam negara. Menurut beliau, antara projek yang bakal dilancarkan ialah pembangunan kediaman bertingkat di Sunway Velocity TWO dan Sunway…










