KUANTAN – Sultan Pahang yang baharu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyerahkan kepada suratan takdir berhubung peluang baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. “Kalau sudah pun tercatit saya ke situ, ke situlah saya. Ada dalam Surah Yasin ayat ke-82, kita patut semua tengok ayat itu baru kita faham maksud saya,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Imam Ash Shafie di…










