KUALA LUMPUR – Penyanyi Sufian Suhaimi tumpang gembira menyaksikan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy bernikah hari ini. Pelantun lagu Di Matamu itu berkata, dia senang hati melihat Elfira akhirnya menemui apa yang dicari selama ini. “Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan sebab saya dan dia telah lama meneruskan kehidupan masing-masing. “Bagaimanapun saya gembira untuknya dan berharap apa yang dirancang, akan berjalan lancar,” ujarnya ringkas kepada Kosmo! Online. Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan tersebut empat bulan kemudian. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya