SHAH ALAM 25 Jan. – Pihak berkuasa merampas sebanyak 300 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM37,425 di sebuah premis perniagaan yang dijadikan stor haram di Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang, dekat sini, malam semalam. Bagaimanapun dalam serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diketuai Timbalan Ketua Penguatkuasa Selangor, Basaruddin Mohiyuddin pada pukul 11.30 malam itu, tiada sebarang tangkapan dibuat. Ini kerana ketika serbuan, premis itu tidak berpenghuni walaupun terdapat bukti ia menjadi tempat tinggal sekurang-sekurangnya lima individu. ANGGOTA KPDNHEP memeriksa tong LPG di sebuah stor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya