KUALA LUMPUR 27 Jan. – Keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak Malaysia selaku penganjur kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini mendapat kecaman banyak pihak. Rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan kekecewaan dan menyerang jawatankuasa berkenaan dengan memuat naik komen yang disusuli dengan #standwithPalestine sebagai sokongan kepada Malaysia. Seorang pemilik akaun Facebook, Zulkifly Amirudin menyifatkan tindakan IPC adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang…










