KOTA BHARU 5 Jan.- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan geran bantuan bernilai RM900,000 khusus untuk peniaga di negeri ini yang baru memulakan perniagaan terutama dalam kalangan golongan belia. Geran bantuan berbentuk baucer itu diagihkan kepada 300 perniaga yang telah lulus temuduga pada 15 Disember lalu, dengan masing-masing menerima baucer barangan bernilai RM3,000 setiap seorang, hari ini. Pengarah SSM negeri, Ab. Razak Isa berkata, geran yang disediakan itu bertujuan untuk membantu peniaga mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. “Terdapat 10 sektor perniagaan yang terpilih antaranya sektor makanan, jahitan, rumah tumpangan dan perniagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya