SHAH ALAM – Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini daripada DAP ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM30,000. Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor. Menurut sumber, suspek membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan yang tidak pernah dilaksanakan pada 2015 bernilai RM30, 000. “Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 18…










