Skim PeKa B40 akan diperkenal 28 Januari ini  - Utusan Malaysia

Skim PeKa B40 akan diperkenal 28 Januari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk golongan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) berumur 50 tahun dan ke atas.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu antara lain bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam golongan berkenaan. 

Menurutnya, butiran lebih lanjut berhubung skim PeKa B40 akan diumumkan pada 28 Januari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peka B40 akan memberi fokus kepada saringan kesihatan iaitu pengesanan awal terhadap NCD. 

“Ini adalah mustahak bagi mengelakkan keperluan rawatan yang rumit serta kos yang tinggi sekiranya pesakit didiagnos lewat atau sudah berada pada tahap kritikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, inisiatif itu dilihat akan memberi impak jangka panjang terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia secara umum.

“Bagi memastikan kejayaan kedua-dua skim ini, KKM dan Kementerian Kewangan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi memastikan kesinambungan dari segi manfaat yang diberikan.

Peka B40 adalah projek perintis 2019 dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×