Sistem Perwakilan Berkadar, bagi capai minimum 30 peratus wakil rakyat wanita - Utusan Malaysia

Sistem Perwakilan Berkadar, bagi capai minimum 30 peratus wakil rakyat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar Sistem Perwakilan Berkadar (proportional representation) dilaksanakan bagi membolehkan sekurang-kurangnya 30 peratus kuota kerusi pilihan raya diperuntukkan kepada calon wanita sahaja.

Menurut Zuraida, cadangan Wanita PKR itu merupakan antara langkah reformasi pilihan raya selain meningkatkan peratusan penglibatan golongan itu dalam politik.

“Jadi dengan adanya satu sistem pilihan raya yang baharu, sekurang-kurangnya 30 peratus kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihan raya umum adalah khusus untuk calon wanita.

“Saya sudah minta Ketua Wanita PKR, Haniza Talha untuk perjuangkan perkara itu dalam penggal kali ini.

“Saya juga berharap cadangan usul itu diketengahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda sistem pilihan raya sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Wanita Keadilan 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN