KUALA LUMPUR 11 Jan. – Kerajaan disarankan untuk mengambil langkah proaktif menangani isu penyakit mental dengan lebih serius menerusi program pembangunan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu dilihat mampu membendung masalah sosial melibatkan penyakit berkenaan. Katanya, langkah mempromosi program pembangunan kesihatan mental di peringkat komuniti juga perlu diperbanyakkan bagi mendekati golongan tersebut. “Seperti bom jangka, mereka yang menderita akibat masalah kesihatan mental boleh ‘meletup’ bila-bila masa yang akan memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat selain tempat mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya