GAZA 23 Jan. – Sekurang-kurangnya seorang lelaki Palestin terbunuh manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam tunjuk perasaan membantah pendudukan di kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Israel yang berterusan sejak beberapa minggu lalu, semalam. Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu, lelaki yang terbunuh akibat terkena tembakan peluru yang dilepaskan dari kereta kebal tentera Israel itu dikenali sebagai Mahmoud al-Abed al-Nabahin, 24. Portal Press TV melaporkan, Hamas kemudian mengesahkan Mahmoud al-Abed adalah anggota…










