Seorang rentung, dua cedera kemalangan di Mersing - Utusan Malaysia

Seorang rentung, dua cedera kemalangan di Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Jan. – Seorang pemandu kereta jenis Perodua Alza rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan di Jalan Nitar 1, Mersing dekat sini, petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Soleh Nasir berkata kejadian dilaporkan kepada pihaknya pada 4.38 petang tadi.

Susulan itu, beliau berkata lapan anggota bersama sebuah jentera serta satu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

“Kemalangan berlaku ketika kenderaan mangsa (Perodua Alza) dalam perjalanan dari Kluang ke Mersing sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan mangsa tersepit dalam kenderaannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Soleh berkata mayat mangsa yang masih belum diketahui identiti telah dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu dan kelindan lori, kedua-duanya lelaki, masing-masing patah kaki dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan, katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN