Seorang kanak-kanak terbunuh, 3 cedera tanah runtuh di Indonesia - Utusan Malaysia

Seorang kanak-kanak terbunuh, 3 cedera tanah runtuh di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 11 Jan. – Seorang kanak-kanak terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain di daerah Sukabumi, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta, petang semalam.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain trek keretapi sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh di cerun berhampiran.

Portal Bangkok Post melaporkan, Sutopo turut memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan penduduk kampung sedang menarik keluar kanak-kanak yang terperangkap di dalam timbunan tanah. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN