Sengat Nubhan Ahamad kembali - Utusan Malaysia

Sengat Nubhan Ahamad kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN single Selamat Jalan Cinta baru saja dilancarkan secara rasmi pada 17 Januari lalu, Nubhan bersyukur kerana lagu tersebut rancak dimainkan di radio.

Malah menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 33, karya ciptaan komposer Merak Bersyair manakala lirik oleh Becky Zulkepli lebih awal mendapat permintaan pendengar biarpun sebelum majlis pelancaran diadakan.

“Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata apabila penantian selama tiga tahun mendapat sambutan positif peminat muzik tanah air.

“Saya juga sukar menjelaskan faktor yang membuatkan single ini begitu pantas memasuki carta-carta lagu hits radio tempatan.

“Tambahan pula, tiada sebarang gimik yang dipertaruhkan untuk melonjakkan lagu ini selain memastikan kualiti pembikinannya memenuhi 
cita rasa semasa,” ujar Nubhan.

Menariknya, Nubhan memaksa isterinya, Dr. Afifah Taufek, 28, yang ketika itu sarat hamil dan cuma menanti waktu bersalin, untuk sama-sama hadir ke majlis pelancaran lagu serta klip video Selamat Jalan Cinta.

Menjawab kepada warganet yang mendakwanya berlaku kejam ke atas Hidayah, anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bagaimanapun tidak ambil peduli kritikan tersebut.

“Saya cuma boleh jawab apabila isteri dan anak sulung, Aafiya berada di sisi, situasi itu menyuntik semangat yang berbeza.

“Lagipun, hospital pilihan kami juga tidak jauh dari 
lokasi pelancaran single,” tambahnya.

Di samping itu, kerjaya isterinya selaku seorang doktor menambahkan lagi keyakinan Nubhan untuk meneruskan majlis yang telah dirancangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN