Sembilan suspek pengganas India ditahan - Utusan Malaysia

Sembilan suspek pengganas India ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 23 Jan. – Seramai sembilan suspek termasuk seorang remaja ditahan oleh squad antikeganasan (ATS) di negeri Maharashtra selepas didakwa terbabit dalam kegiatan keganasan.

“Penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat perisikan ketika menyiasat kehadiran pengganas yang melakukan penyamaran di beberapa kawasan di negeri ini,” kata seorang pegawai polis yang tidak didedahkan identitinya.

Menurut agensi berita Xinhua, polis turut merampas bahan kimia, bahan letupan, telefon bimbit, cakera keras, kad SIM, botol asid dan pisau semasa serbuan dijalankan. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×