KOTA KINABALU 25 Jan. – Selepas meninggalkan UMNO 12 Dis lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli akhirnya mengumumkan hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Musbah menyerahkan borang keanggotaannya kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini, dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan. Musbah berkata selepas meninggalkan parti UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas, beliau telah berfikir secara mendalam untuk menyertai satu platform parti tempatan yang boleh memperjuangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya