KUALA LUMPUR – Selebriti internet dan individu lain termasuk golongan bawah umur yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama serta perniagaan dijalankan menerusi media sosial tertakluk kepada cukai pendapatan jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, jadi mereka yang terlibat perlu mengisytiharkan pendapatan dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan serta pembayaran balik cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










