'Sedia jawab sekiranya ditanya di Parlimen' - Mat Sabu  - Utusan Malaysia

‘Sedia jawab sekiranya ditanya di Parlimen’ – Mat Sabu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Pertahanan bersedia mendedahkan hasil laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes dan pembelian aset mencurigakan dalam kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan terdahulu di persidangan Parlimen, Mac depan.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pendedahan tersebut hanya akan dilakukan sekiranya ditanya oleh Ahli Parlimen. 

Katanya, laporan kedua jawatankuasa yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang itu akan diperolehi selewat-lewatnya hujung bulan ini selepas laporan pertama diterima pada Oktober tahun lalu. 

“Tiada apa hendak disembunyikan, kalau ada soalan di Parlimen, saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu beliau menyaksikan memorandum persefahaman projek endowmen pembangunan residensi  antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (ATM). 

Pada 22 Mei tahun lalu, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan mengenai skandal dikaitkan dengan kementerian itu.

Ini termasuklah isu dua unit kapal selam Scorpene yang mencetuskan kontroversi serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN