Sebelum bercuti ke Eropah mohon ETIAS dahulu - Utusan Malaysia

Sebelum bercuti ke Eropah mohon ETIAS dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Bermula tahun 2021, rakyat negara ini yang berhasrat ingin bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen yang dikenali sebagai European Travel Information and Authorisation System (ETIAS).

Menurut laman web etiaseurope.eu, ETIAS bukan seperti visa yang dikeluarkan oleh setiap negara mengikut kes demi kes, tetapi kebenaran yang dibuat secara berpusat dan automatik di kawasan Schengen.

Jelas laman web tersebut, kebenaran ETIAS itu membolehkan rakyat dari negara-negara yang boleh memasuki EU tanpa visa untuk tinggal di kawasan Schengen sehingga 90 hari.

Antara negara yang bakal mengenakan syarat ETIAS adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia (Republik Czech), Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland and Vatican City.

ETIAS boleh dilakukan melalui permohonan dalam talian dengan bayaran sebanyak 7 Euro dan dinasihatkan untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas.

Dalam masa sama, permohonan ETIAS juga mewajibkan setiap pemohon menyatakan sabitan untuk kesalahan jenayah yang serius seperti keganasan, eksploitasi seksual kanak-kanak, pemerdagangan orang mahupun kes dadah, pembunuhan dan rogol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN