LONDON 25 Jan. – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berharap kejayaan pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menewaskan Tottenham Hotspur menerusi sepakan penalti mampu menjadi titik tolak kepada musim pertamanya bersama Blues. Sebelum ini, Sarri mempersoalkan kekuatan mental pasukannya, malah, menuntut penyerang, Eden Hazard menunjukkan aksi sebenar supaya bangkit daripada kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Arsenal, Sabtu lalu. Dua gol yang dijaringkan N’Golo Kante dan Hazard membolehkan Chelsea melakar kemenangan 2-1 ke atas Spurs, sekali gus menafikan defisit kekalahan 0-1 dalam separuh akhir pertama. Ini secara tidak langsung mengikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya