KEPALA BATAS 6 Jan. – Seramai 35 penagih berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan selepas polis menyerbu sarang dadah di kawasan paya bakau di Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, di sini semalam. Kesemua mereka yang merupakan buruh serta penganggur ditahan menerusi Ops Sarang yang dijalankan sekumpulan anggota dan pegawai narkotik ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU). Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang itu berjaya merampas pelbagai jenis dadah seperti syabu, ganja dan heroin dengan berat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya