JOHANNESBURG 8 Jan. – Bintang Liverpool, Mohamed Salah dijangka sekali lagi dinobat sebagai Pemain Terbaik Afrika buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah yang dijadual berlangsung di Senegal lewat malam ini. Walaupun menerima saingan hebat daripada rakan sepasukannya, Sadio Mane dari Senegal selain pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon, Salah, 26, yang konsisten dalam menjaringkan gol dilihat memiliki kelebihan ketara terutama selepas diumumkan sebagai pemain terbaik 2018 anjuran BBC baru-baru ini. Jika ia menjadi kenyataan, Salah akan muncul pemain Mesir pertama dalam sejarah memenanginya secara berturut-turut. Sebelum ini Yaya Toure…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya