Saifuddin sekali lagi jelaskan tiada tempoh waktu ditetapkan - Utusan Malaysia

Saifuddin sekali lagi jelaskan tiada tempoh waktu ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jan. – Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sekali lagi menjelaskan tidak ada tempoh dalam perjanjian pakatan itu bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebaliknya menjelaskan, perjanjian itu yang ditandatangani pada 6 Januari 2018 hanya menamankan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan, tetapi tiada tempoh ditetapkan.

Jelasnya, tiga perkara dipersetujui dalam perjanjian berkenaan iaitu pengagihan kerusi parti-parti pakatan yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar.

“Perjanjian juga menyatakan cadangan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Selain itu juga dinamakan Datuk Seri Anwar sebagai perdana menteri kelapan. Namun, tidak dinyatakan tempoh waktunya.

“Alasan kenapa kita tidak meletakkan tempoh kerana kita percaya bahawa Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar lebih memahami perkara itu berbanding orang lain di dalam Pakatan Harapan dan mereka boleh memutuskannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar United Kingdom, Jeremy Hunt yang dalam rangka lawatan tiga hari ke negara ini. – UTUSan ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN