KOTA BHARU 28 Jan. – Pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Rowley menjadi pemain baharu yang diikat Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Perdana 2019. Bekas pemain tengah Negeri Sembilan mengikatkan kontrak bersama The Red Warriors (TRW) untuk tempoh setahun. Rowley berkata, dia teruja dapat menabur bakti bersama TRW yang mempunyai banyak sejarah hebat sebelum ini. Menurutnya, misi utamanya untuk musim ini membantu Kelantan kembali ke saingan Liga Super 2020 nanti. “Saya akan memberikan aksi terbaik bagi memastikan impian itu dapat dilaksanakan,” katanya. Pemain posisi tengah menyerang yang berasal dari Brisbane, Australia itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya