RM3 juta bangunkan kampung - Utusan Malaysia

RM3 juta bangunkan kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Jan. – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Pelan Perancangan Halatuju dan Strategi Desa Negeri bagi tempoh tiga tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pelan berkenaan akan menjadi asas kepada kerajaan negeri bagi melakukan  perancangan pembangunan di kawasan desa.

Menurutnya, pelan pembangunan itu akan merangkumi sebanyak 667 kampung induk dan lebih 2,000 kampung rantaian di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pelan berkenaan akan menjadi asas kepada kerajaan negeri bagi melakukan  perancangan pembangunan di kawasan desa.

“Bagi memastikan kawasan itu dibangunkan mengikut keperluan dan citarasa penduduk setempat, kami akan melantik pengerusi sekretariat dalam kalangan penduduk kawasan itu.

“Menerusi pelan itu nanti, kerajaan negeri akan membangunkan kampung berkenaan mengikut keperluan dan kesesuaian, kami jangka pembangunan kawasan desa dimulakan di Johor Selatan 
diikuti Johor Tengah dan Johor Utara dengan bajet kira-kira RM3 juta untuk tiga tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Amanat 2019.

Majlis diadakan bersama-sama hampir 400 kakitangan Bahagian Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, majlis tahunan itu diadakan bagi menjelaskan halatuju perumahan dan pembangunan luar bandar serta perkara yang perlu diberi perhatian ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN