IPOH 4 Jan. – Sijil pengesahan halal restoran di tingkat bawah sebuah hotel di Taiping ditarik balik untuk tindakan lanjut selepas didapati menyediakan menu berasaskan daging babi. Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping, semalam. Hasil pemeriksaan mendapati hotel berkenaan telah melanggar syarat-syarat pensijilan halal di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 menerusi perkara 4.8 (XV) iaitu permohonan yang tidak layak memohon ialah hotel yang mempunyai dapur menyediakan menu berasaskan babi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya