Rembat kapcai wakil rakyat, dua beradik dicekup - Utusan Malaysia

Rembat kapcai wakil rakyat, dua beradik dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 8 Jan. – Polis berjaya menemukan semula empat buah motosikal curi, sebuah daripadanya milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli dalam Ops Lejang sekitar daerah ini semalam

Motosikal jenis Honda EX5 kepunyaan wakil rakyat itu dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu sebelum ditemukan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini malam tadi.


Ketua Polis daerah, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, dua lelaki adik beradik berusia 38 dan 41 tahun turut ditahan. 


Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut polis turut menemukan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang dilaporkan hilang. 


Jelas beliau, penahanan dua suspek itu menjadikan kesemua lima lelaki ditahan dalam serbuan berasingan dalam Ops Lejang yang disertai dua pegawai serta 12 anggota polis bahagian siasatan jenayah daerah ini.


“Dalam ops tersebut, seramai lima lelaki berjaya kita tahan dan sebanyak empat motosikal yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan semalam termasuk sebuah motosikal milik Ahli Parlimen Dungun.


“Manakala dua suspek adik beradik terbabit didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×