DUNGUN 8 Jan. – Polis berjaya menemukan semula empat buah motosikal curi, sebuah daripadanya milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli dalam Ops Lejang sekitar daerah ini semalam Motosikal jenis Honda EX5 kepunyaan wakil rakyat itu dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu sebelum ditemukan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini malam tadi. Ketua Polis daerah, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, dua lelaki adik beradik berusia 38 dan 41 tahun turut ditahan. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya