Remaja ditemui lemas di Pekan - Utusan Malaysia

Remaja ditemui lemas di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Seorang remaja ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam sungai di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini hari ini. 

Mangsa, Mohammad Fariz Mohd Syukur, 16, dipercayai cuba membantu seorang rakannya sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.20 pagi. 

“Mayat mangsa bagaimanapun telah ditemui oleh orang  awam kira-kira pukul 11.50 pagi tadi. 

“Mangsa pergi ke sungai itu bersama ahli keluarganya untuk memancing dan menjaring ikan sebelum lemas,” katanya kepada pemberita. 

Menurutnya, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, di sini itu dikatakan cuba membantu rakannya yang tergelincir semasa mengharung sungai. 

“Mangsa dihanyutkan arus namun rakannya dilaporkan selamat,” ujarnya. 

Mayat mangsa yang berasal dari Perumahan Datuk Syahbandar, di sini telah dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN