MANILA 22 Jan. – Keputusan tidak rasmi menunjukkan lima bandar di selatan Filipina yang mengambil bahagian dalam undian terhadap Undang-undang Organik Bangsamoro (BOL) semalam telah mengundi untuk mendapatkan autonomi yang lebih menyeluruh kepada Muslim Bangsamoro.
Bandar Basilan, Lanao Del Sur, Maguindanao, Tawi-Tawi dan Cotabato mengundi BOL bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) kepada Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).
Cotabato dan Isabela tidak terletak di bawah ARMM namun undian ‘ya’ juga membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada BARMM dengan autonomi komprehensif yang lama ditunggu-tunggu penduduk Islam Moro.
Setelah rang undang-undang (RUU) tersebut diluluskan, BARMM akan ditubuhkan.
Pelaksanaan BOL akan meningkatkan aspek perundangan dan ekonomi untuk umat Islam di selatan Filipina.
Menerusi penubuhan kerajaan Bangsamoro, mahkamah undang-undang Islam akan dibuka dan pihak berkuasa wilayah yang dimiliki Manila akan diserahkan kepada pemerintah baharu.
Apabila BOL disahkan maka 40,000 pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan ditukar menjadi Angkatan Bersenjata Islam Bangsamoro (BIAFF). – AGENSI










